Friday, May 14, 2010

Cinta Akhir Part 1

"Yaaaaahhh...!!!". Bushh!! Caramel latte di tangan aku terlepas jatuh ke bumi. Haisshhh.... Tekejut aku dibuatnya. Habis salji nie dah bertukar mcm "ice blender". Spoil betol laa ahjumma nie. Rupa-rupanya dia jeritkan anak dia yg ligat bermain salji berlari ke sana ke mari dengan gembiranya sampaikan mata dia pun aku dah x nampak. Musim salji di Korea memang sangat sejuk. Kadang - kadang boleh mencecah ke -15C. Memang terasa sejuk hingga ke tulang hitam rasanya.Aku pun memang tak akan keluar rumah tanpa memakai sekurang-kurangnya 6 lapis baju. Memang aku tak tahan dengan cuaca sejuk disini. Tapi aku lihat kanak2 di sini seperti sudah biasa dengan suasana sejuk di sini. Bak kata orang,Alah bisa tegal biasa.

"Noona..." kedengaran suara kecil memanggilku. Seorang budak perempuan comel bertopi Donald Duck datang kepadaku sambil tersengih malu. "Yeh??" jawabku tanya apa yg dia mau. Rupa-rupanya dia nak Hwangnam pang (red bean paste bun) yang ade disebelahku. Baru laa aku sedar sejak dari tadi aku duduk di sini aku tak makan walaupun sebiji kuih nie. Punya laa banyak aku beli sampai sedozen sebab aku memaang amat fanatik dengan kuih nie. Tuan punya kedai nie pun Mr Gang Suk memang akan simpankan aku kuih nie setiap kali aku singgah ke kedainya kerana kuih nie memamng amat popular di Ilsan nie. Dengan muka tak bersalah dan tangan meliuk lentok macam ulat gonggok dia tunjukkan dua jarinya yang comel tue menandakan dia nak 2 biji kuih nie. Dalam hati aku bermonolog sendiri "Tamak betul kau nie budak. Nasib baik la comel". Aku buka handbag Coach aku mencari tissue untuk dipegang oleh si budak kecil nie. Lalu aku hulurkan sebiji Hwangman pang kepadanya. Terserlah rasa kecewa di wajahnya. Terus bibir comel yang sejak dari tadi terukir senyuman terus muncung. Tergelak aku melihatnya. Lalu aku bertanya " Siapa nama? " dengan nada tak ikhlas dia menjawab "Narsha". Tersentak aku mendengar nama yang lama tidak aku dengari. Tanpa aku sedari ada air di kelopak mataku jatuh tanpa kupinta. Tiba-tiba kelihatan tangan bidadari kecil mengelap air mataku. Rupanya tangan bidadari yang mengelap air mataku adalah budak perempuan yang bernama Narsha itu. Tersentuh seketika aku dengan keprihatinan dia. "Adakah semua orang yang bernama Narsha memang persis bidadari??" aku bermonolog lagi.

"Noona, tak ape la. Narsha tak nak kuih nie. Nanti Noona nangis. Nie mesti untuk ayah dgn ibu Noona kan? Tak apa Narsha suruh Omma belikan. Jangan nangis ya Noona." kata bidadari kecil ini sambil menepuk2 bahuku. Terus kupeluk bidadari kecil itu dengan esak yang semakin kuat dan dapat kudengari mulut kecilnya terus mengomel memujukku agar jangan menangis lagi. Tiba-tiba kedengaran suara2 menyanyi lagu Oh!! dari kumpulan SNSD. Cuma lagu tue kedengaran pelik. Rupa-rupanya kanak-kanak di taman ini melihat drama air mata aku. Menyanyi beramai2 cuba menghiburkan aku. Cuma liriknya di tukar. Jadi bunyi lagu itu "oh, oh, Noona jangan nangis lagi". Si Narsha terus berlari ke arah kumpulan kanak2 itu menari dan menyanyi bersama mereka dengan gembira. Akhirnya kami menikmati Hwang nam pang bersama2 di taman itu sambil menyanyi dan bergurau. Terima kasih my sweet little angelfor make my day. Kamsahamnida....

The End

No comments:

Post a Comment