Friday, May 14, 2010

Cinta Akhir Part 2

"Narsha". Nama itu masih terngiang-ngiang di telingaku sejak insiden di taman minggu lepas. Tersenyum aku sendirian mengenangkan insiden drama air mata di taman itu. Betul laa kata orang kanak2 itu kadangkala pengubat duka di kala kita bersedih. Sempat juga kami semua mengambil gambar bersama2. Setiap kali aku buka peti sejuk pasti aku tersenyum melihat gambar mereka semuayang kulekatkan disitu. Melihat wajah mereka yang tersenyum ceria membuatkan aku terpikir adakah senyuman itu akan berkekalan sehingga mereka dewasa kelak kerana aku juga mempunyai senyuman seperti itu 30 tahun lepas tapi ia hanya bertahan hanya beberapa tahun sahaja. Boleh dikatakan episod lara dalam hidup aku seperti sudah sebati dalam diriku. Entah bila ia akan bertukar aku tidak pasti.

"Narsha...." sekali lagi aku mengeluh mengucapkan nama itu. Terasa pahit hempedu di bibirku kala menyebut nama itu. Bergetar bibirku menyebut nama itu kerana apabila nama itu kedengaran pasti "nama" yang tak ingin aku dengari akan disebut bersama kerana apabila "nama" lagi satu tidak disebut terasa ade kekurangan. Ya, nama Narsha itu ada nama pelengkapnya yang lain. "Zamil" itulah nama pelengkapnya. Zamil bermaksud teman @ kawan. Mungkin itulah maksud namanya yang tak pernah aku faham2. Ia bermaksud "teman" bukan kekasih dan selamanya begitu. Narsha, Zamil dan Raihana. Kisah aku dan mereka memang sudah lama aku padamkan walaupun sisanya masih ada. Rasa sakitnya tetap sama. Benar kata orang 3 garisan lurus tidak akan bercantum lurus jadi garisan yang ketiga harus keluar dari situ. Garisan ke 3 itulah aku. Kerana menjadi garisan ke 3 laa aku tercampak di negara orang dan memulakan hidup baru sejak 10 tahun yang lalu. Kerana garisan ke 3 juga aku hidup tercari2 seperti orang buta mencari cahaya. Kerana garisan itu juga pintu hatiku tertutup rapat dan kalis dengan "CINTA" dan "LELAKI". Pintu itu masih tertutup rapat sehingga kini walaupun ramai yang mengetuk untu memasukinya tapi ia tak pernah terbuka sejak 10 tahun yang lalu. Itulah perempuan yang bernama "Raihana" yang hidup dalam kesedihan, kesepian dan hidup hanya untuk menghabiskan sisa hayat yang itu. Ya, itulah aku. Akulah Raihana dan garisan 3 itu.

"Narsha, Zamil bahagiakah kalian?". Pasti kalian bahagia sekarang. Mungkin Zamil sekarang tengah bermain2 dengan anaknya dan Narsha sibuk memasak di dapur. Kari kepala ikan itulah kegemaran Zamil dan Narsha pakar dalam masakan itu. Almaklum laa latar belakang Narsha sebagai anak Mami menjadi salah satu faktor kepakarannya. Memang mereka pasangan yang ideal. Sama2 cantik & tampan,sukakan aktiviti luar, menjadi kesayangan ramai orang dan masing2 suka makan terutamanya ikan. Aku? Aku tak suka makan ikan, suka menyendiri, tak ramai kawan dan paling panting kakiku tempang. Mana laa padan si tempang dan si tampan? Memang aku amat sesuai menjadi garisan 3 kerana memang tiada ruang untuk aku mencelah masuk. Tapi kata orang orang cinta pertama itu amat susah dilupakan. Mungkin benar kata mereka kerana mungkin aku satu2nya manusia di muka bumi yang x mengerti maksud "melepaskan". Bukan aku tidak cuba tapi ia tetap tidak mau pergi dari diriku. Semakin aku buang jauh semakin dekat ia hampiri. Adakah aku terlalu mencintai? Atau tidak dapat menerima ketentuan-Nya? Aku tak pasti. Yang penting ia tetap berada di dalam hatiku sejak 19 tahun lepas dan ia masih di situ. Ya aku pasti ia masih tetap di situ...

the end

No comments:

Post a Comment